Monday, June 30, 2008

Merah Berjaya Menampar Mata Pertama

Lori yang kat belakang tu sesekali juga berjaya menahan bola daripada ditampar ke luar pagar.

MATA sulung Red Rulez akhirnya berjaya diraih menerusi acara bola tampar lelaki apabila mudah menundukkan Green Hornet pada perlawanan penentuan tempat ketiga dengan keputusan 21-17@18 (entah aku pun dah lupe, huhuhu.. tapi yang pasti Hijau kalah). Sebelum itu, pasukan Red Rulez berjaya memberikan tentangan sengit kepada pasukan The Royale sebelum mengalah dengan keputusan rubber-set.

Pasukan bola tampar wanita tetap mengekalkan rentak senyuman mereka.

Bagi pasukan bola tampar wanita Red Rulez, mereka sekadar mencari pengalaman bermain bola tampar kerana rata-rata pemain masih hijau dari segala aspek permainan. Namun, mereka berjaya mengimbangi perlawanan apabila tewas dengan jurang yang tipis.

RED, REDAH JE!!!!!

Sunday, June 15, 2008

Merah Tetap Bersemangat


Kelincahan pemain Red Rulez mendapat perhatian tiga pemain Green Hornet.

WALAUPUN tidak berjaya mengutip sebarang mata pada aksi sulung Sukan Petanda Petaling, pasukan Red Rulez terus meneruskan latihan untuk menghadapi acara-acara sukan yang lain. Pada perlawanan bola sepak yang berlangsung 13 Jun lalu, keputusan tidak memihak kepada Red Rulez apabila dikejutkan oleh pasukan Green Hornet dengan 0-2 pada aksi separuh akhir.

Penentuan tempat ketiga dan keempat diputuskan meneruasi sepakan penalti menyaksikan tempat keempat menjadi milik pasukan Red Rulez dengan keputusan 3-4 yang memihak kepada Blue Rocks. Pada satu lagi aksi separuh akhir, The Royale menewaskan Blue Rocks 3-0, namun tewas 1-2 pada perlawanan akhir menentang Green Hornet. Sekian, renung-renungkan, selamat beramal.

Thursday, June 12, 2008

Kumpulan Sorak Red Rulez

PASUKAN bola sepak Red Rulez dijangka akan menerima sorakan pembakar semangat daripada kumpulan sorak Red Rulez pada perlawanan pembukaan bola sepak petang ini. Kumpulan sorak yang diketuai oleh Nana (bukan nama sebenar) itu berjanji akan memberikan sorakan yang menghiburkan setiap kali pasukan Red Rulez turun berentap dalam setiap acara sukan.
Beliau juga menyampaikan amanat Chef de Mission Red Rulez supaya semua ahli Red Rulez yang berkelapangan untuk turun beramai-ramai petang ini di Stadium MBPJ bagi merancakkan lagi suasana perlawanan.
"Walaupun permainan petang ni dijangka tak menghiburkan, tapi nana yakin ngan kehadiran kumpulan sorak ni, suasana pasti berubah!" ujar Nana yang teruja nak ke stadium.

Tuesday, June 10, 2008

Semi Final Bola Sepak: Red Rulez lawan Green Hornet

UNDIAN semi final bola sepak menyaksikan pasukan Red Rulez bertemu Green Hornet, manakala The Royale diundi bertemu pasukan Blue Rocks. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada 13 Jun 2008, di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Perlawanan antara Red Rulez dan Green Hornet dijangka bermula pada jam 6.00 petang.
Pengurus pasukan Red Rulez, Mohd. Farizal Baharin ketika diminta mengulas mengenai keputusan undian berkata, beliau akan menurunkan barisan terkuat dan berpengalaman bagi menghadapi perlawanan separuh akhir nanti.
"Kita tengok je nanti. Lawan tetap lawan!" ulas Mohd. Farizal dengan selamba.
Pakatan Red Rulez:
Penjaga Gol: Pojan.
Pertahanan: Fared, Jai (k), Hairol, Mat OBD.
Tengah: Mi, Azizi, Nua, Reza.
Penyerang: Senyum, Shuk.
Simpanan: Wak, Bob, Pejal, Ajak, Nad, Saba.

Pelancaran Pakaian Sukan Red Rulez

PASUKAN Red Rulez telah melancarkan pakaian rasmi sukan untuk menghadapi pertandingan sukan Petanda Petaling yang dijadualkan bermula pada 13 Jun 2008. Sesi penyerahan pakaian sukan tersebut turut dihadiri oleh Chef de Mission Red Rulez. Beliau berharap dengan kelahiran pakaian sukan ini, para peserta sukan Red Rulez akan lebih bersungguh-sungguh untuk memburu kejayaan dan mengekalkan semangat berpasukan pada hari pertandingan kelak.

"Saya harap dengan penyerahan pakaian sukan ini, pemain-pemain Red Rulez dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam semua acara sukan yang dipertandingkan." amanat Chef de Mission Red Rulez, Puan Nasimah Haji Abd. Hamid.