Agak-agak korang, apa yang mereka katakan? Macam tak puas hati je...
PASUKAN futsal Merah berjaya mencuri 2 mata berharga apabila menduduki tempat kedua acara futsal lelaki selepas pasukan Hijau. Walaupun di atas kertas bukan sebagai pasukan pilihan, namun semangat juang yang ditunjukkan amat membanggakan. Pada perlawanan pertama menentang pasukan The Royale, Red Rulez berjaya bangkit di separuh masa kedua untuk keputusan penuh 1-1. Penentuan sepakan penalti menyaksikan Red Rulez menang dengan 3-2 setelah sepakan gemuruh ketua pasukan The Royale mudah ditepis penjaga gol Red Rulez.
Penyokong setia Red Rulez sedang asyik menyaksikan pasukan futsal wanita bertarung.
Manakala pasukan futsal wanita Red Rulez menduduki tempat ketiga menewaskan Green Hornet dengan keputusan 2-1. Selepas acara futsal ini, Red Rulez beroleh 3 mata dan masih berada di dasar kedudukan carta mata.

'Peace'... tak nak gaduh-gaduh lagi ye..
Antara wajah-wajah yang menggamatkan suasana pada malam pertandingan futsal.
MAJU MERAH! MAJU!!!