Monday, June 30, 2008

Merah Berjaya Menampar Mata Pertama

Lori yang kat belakang tu sesekali juga berjaya menahan bola daripada ditampar ke luar pagar.

MATA sulung Red Rulez akhirnya berjaya diraih menerusi acara bola tampar lelaki apabila mudah menundukkan Green Hornet pada perlawanan penentuan tempat ketiga dengan keputusan 21-17@18 (entah aku pun dah lupe, huhuhu.. tapi yang pasti Hijau kalah). Sebelum itu, pasukan Red Rulez berjaya memberikan tentangan sengit kepada pasukan The Royale sebelum mengalah dengan keputusan rubber-set.

Pasukan bola tampar wanita tetap mengekalkan rentak senyuman mereka.

Bagi pasukan bola tampar wanita Red Rulez, mereka sekadar mencari pengalaman bermain bola tampar kerana rata-rata pemain masih hijau dari segala aspek permainan. Namun, mereka berjaya mengimbangi perlawanan apabila tewas dengan jurang yang tipis.

RED, REDAH JE!!!!!

11 comments:

Anonymous said...

merah jugak la telur tu kene tampar...syabas betey..

Anonymous said...

bagus2 anak2 didikku...hehehe(tersenyum bangga)

Suhanashashim said...

eleehhh...baru jer tuh..last tetap last...

Anonymous said...

baru x baru k..tapi dah ade mata..hijau jgn nak belagak lebih2

Suhanashashim said...

uweekkk..menang pun bukan leh kalah kan mata umah lain pun...
last gak..

Anonymous said...

memekak btol ler bekokok x renti2..ckp jer besaq tapi mata x naik2 gak..at least we all naik lagi semata walaupun kat tgga terakhir...pungutan mata tu mesti bertambah esok..badminton, pepah pastikan hijo last lagi

Suhanashashim said...

eleh..br naik sket dah bangga diri..patut lah kalah..dulu mata telor ayam punya lah lama..senyap jer..tak brani pun nak berkokok..
la nie mulut ko jer dok mengutuk umah lain..

Anonymous said...

aku dok kutuk umah ko jer...mmg aku x suka sejak insiden futsal tu ari

Suhanashashim said...

alaa..cite lama kira setel lah..
yang ko nak marah sgt nie bukn dapat apa pun...meh cini meh..aku pujuk nak..alaa bucuk2 nih..

Anonymous said...

bole settle,bayar ler dulu weh

Anonymous said...

amaran: belog ni bukan tempat berurus niaga ek..hehehe